Senjata & Peralatan IXA Kamen Rider IXA (watak)

IXA Knuckle

IXA Knuckle (イクサナックル, Ikusa Nakkuru) asalnya adalah salah satu alat transformasi IXA. Namun, ia juga boleh dijadikan alat untuk serangan pemusnah apabila Knuckle Fuestle (ナックルフエッスル, Nakkuru Fuessuru) diaktifkan. Alat ini mampu meyebabkan mangsanya koma walaupun dilancarkan dari jarak yang jauh. Jika dilancarkan dari jarak yang jauh, satu gumpalan tenaga berbentuk sfera terhasil. Maka, IXA boleh melancarkannya seperti melepaskan peluru.

IXA Calibur

IXA Calibur (イクサカリバー, Ikusa Karibā) adalah senjata dwi-fungsi yang digunakan oleh pengguna IXA tahun 2008. Ia boleh dijadikan pistol apabila ia diletakkan dalam mod yang dipanggil Gun Mode (ガンモード, Gan Mōdo). Ia juga boleh dijadikan pedang apabila ia diletakkan dalam mod yang dipanggil Calibur Mode (カリバーモード, Karibā Mōdo). Pengguna IXA mesti mengaktifkan Calibur Fuestle (カリバーフエッスル, Karibā Fuessuru) sekiranya dia mahu melancarkan serangan pemusnah dengan IXA Calibur. Serangan yang dipanggil sebagai IXA Judgement (イクサ・ジャッジメント, Ikusa Jajjimento) dilaksanakan setelah IXA Calibur dalam Calibur Mode dicaj sepenuhnya. Nam IXA Calibur sebenarnya diambil dari nama pedang Maharaja Arthur yang dipanggil Excalibur.

IXA Riser

IXA Riser (イクサライザー, Ikusaraizā) adalah senjata senapang ala-ala telefon bimbit. Ia terletak pada celah-celah ruang mulut IXA. Pengguna IXA mesti memasukkan kod-kod khas untuk menggunakan senjata ini. Kod-kod yang terdiri daripada nombor ini dipanggil sebagai IXA Riser Blast Commands (イクサライザー・ブラストコマンド, Ikusaraizā Burasuto Komando). Berikut adalah gabungan kod untuk IXA Riser Blast Command:

  1. Kod 1-9-3-Enter: Rising IXA Rise Up (ライジングイクサ・ライズアップ, Raijingu Ikusa Raizu Appu)IXA mengaktifkan suit Rising IXA. Nombor "193" juga adalah singkatan bagi "IXA" (イクサ, Ikusa) dalam bahasa Jepun.
  2. Kod 5-6-7-8-Trigger: Scouter Mode (スカウターモード, Sukautā Mōdo)
  3. Kod 0-Trigger: Corona Flame Mode (コロナフレイムモード, Korona Fureimu Mōdo)
  4. Kod 2-Trigger: Rise Blizzard Mode (ライズブリザードモード, Raizu Burizādo Mōdo)
  5. Kod 4-Trigger: Laser Net Mode (レーザーネットモード, Rēzā Netto Mōdo)

"Trigger" merujuk kepada pemetik senapang yang terdapat pada IXA Riser. Manakala "Enter" pula merujuk kepada simbol "panggilan telefon diangkat" yang sering terdapat pada mana-mana telefon bimbit.

IXA Met

Helmet IXA mempunyai beberapa ciri am. Antaranya:

  1. Khidmat GPS. Terdapat antena GPS yang membolehkan IXA mengesan kedudukan mangsanya berdasarkan khidmat satelit GPS.
  2. Cross-Shield (クロスシールド, Kurosu-shirudo). Bahagian mata helmet yang terbuka ketka pertukaran Save Mode ke Burst Mode. Ketika IXA mengaktifkan Save Mode, ia berfungsi sebagai aksesori helmet. Ia juga berfungsi sebagai anti-gegaran kerana pengguna IXA sering mengalami gegaran ketika sistem IXA diaktifkan. Ketika IXA mengaktifkan Burst Mode, ia terbuka dan memberi IXA menggunakan 60% kekuatan sistem IXA. Hal yang demikian kerana pengguna IXA bakal berdepan dalam bahaya jika kekuatan IXA digunakan 100% dengan mod ini.
  3. Signal Access (アクセスシグナル). Ia adalah alat penerimaan sistem IXA yang berbentuk rombus. Ia menerima arahan yang dikeluarkan oleh sistem IXA terutamanya arahan pertukaran mod. Arahan ini dikeluarkan melalui gelombang dari IXA Belt. Ia dibina melalui teknologi "build-in" dengan komputer. Ketika menerima arahan, kelihatan ia berkelip-kelip.
  4. Power Zone Filter (ポワゾナフィルター, Powazonafiruta). Ruang di bahagian hidung IXA yang berfungsi sebagai penapis bagi melindungi penggunanya dari sebarang toksik berbahaya. Ia juga berfungsi sebagai alat bantuan pernafasan untuk IXA.

Berikut pula adalah ciri-ciri khas IXA Met:

  1. Hunting Glass (ハンティング・グラス). Visor merah IXA ketika Burst Mode diaktifkan. Ia membolehkan pengguna IXA melihat objek sehingga 180 darjah dari mana-mana arah. Ia membolehkan IXA merakam mana-mana maklumat yang dilihat oleh penggunanya yang kemudiannya rakaman itu dihantar dan disimpan ke komputer. Maklumat ini dihantar melalui gelombang GPS IXA. IXA mampu melihat dalam gelap. Selain itu, ia juga mempunyai sistem Super X-Ray untuk melihat objek disebalik ketebalan 5 meter. Imej dan maklumat yang dirakam adalah menggunakan teknologi kamera digital supaya maklimat dan imej berkenaan dapat dianalisis secara mendalam.
  2. Protect Windows (プロテクトウィンドウ). Visor hitam IXA ketika Save Mode. Ia dibuat daripada cermin kaca berdefinasi tinggi 705UG. Ia terdiri daripada tiga lapis cermin sebagai pelindung mata. Khabarnya, ia mampu menahan serangan senjata rifle 50-calibur. Pengguna IXA masih boleh memburu mangsa walaupun tanpa mengaktifkan Hunting Glass kerana ia juga berkemampuan sedemikian.

IXA Lion

IXAlion (イクサリオン, Ikusarion) adalah motosikal IXA. Reka bentuknya menyerupai motosikal yang digunakan dalam acara Grand Prix. Panjangnya adalah 2030mm, lebarnya pula adalah 720mm. Motosikal ini tingginya 1120mm dan beratnya 172kg. Ia mampu memecut sejauh 753km sejam bersamaan 2.1 saat bagi jarak antara 0 ke 400m. Ia menggunakan kuasa 477.75kw atau 21000rpm.

Nama IXAlion diambil dari gabungan nama IXA dan "Stallion", nama sinonim bagi kuda yang digunakan oleh Paladin.

Powerd IXER

Powerd IXER (パワードイクサー, Pawādo Ikusā) adalah robot naga milik IXA. Ia dibina oleh Organisasi Langit Biru Hebat. Ia digunakan untuk melawan makhluk gergasi seperti Sabbat dan Castle Doran. Bahagian mulutnya berfungsi untuk mencengkam mangsa dan mencampakkannya. Selain itu, ia juga digunakan untuk melontarkan bebola orb kepada mangsanya. Saiznya yang sama besar dengan Castle Doran. Bagi Castle Doran, kehadirannya mengganggu tugasnya untuk mengurung "tenaga roh" kerana ia memusnahkan Sabat atau Fangire tanpa sebarang baki untuknya. Ia juga boleh membantu IXA melancarkan "tendangan padu maut" apabila IXA berdiri di antara mulutnya.

Secara amnya, Powerd IXER mempunyai tinggi 7.5m, lebar 12.7m, dan berat 152t. Ia mampu memecut selaju 320km sejam. Selain itu, ia menggunakan tenaga 41895kw, bersamaan dengan 58000rpm.

Kamen Rider:KIVAIXASAGAREYArc
Lain-lain:WatakFangire
Media:Senarai episodTETRA-FANGClimax DekaKing of the Castle in the Demon WorldYou Can Also be Kiva